Wednesday 26 November 2014

UniKL MITEC ! Bahagian 1

Final exam semakin mendekat *pengsan*. Kehangatannya membara2 ... haha ok saja je nak buat gimik.... Di sini saya cik PBS nak cerita kepada kawan2 yang mungkin tengah hebat membuat persiapan sebelum masuk UniKL terutama skali... UniKL MITEC.

Ok first of all saya nak sarankan kawan2 semua siapkan semua document yang lengkap se-lengkapnya ! Seriously... terutama document yang berkaitan MARA ( Majlis Amanah Rakyat ). Seperti yang korang tahu bila korang apply dkt UniKL loan pelajaran yang utama ialah loan MARA. Loan MARA ni hanya layak bagi mereka-mereka yang mak ayah tidak ada blacklist/senarai hitam pinjaman MARA tapi kalau blacklist jugak... xapa jangan risau ! kerana PTPTN akan menyelamatkan anda hihihi :P 

Ok cut the chase and straight to the info !
Document yang di perlukan :

1. Salinan kad pengenakan pelajar x 5 ( Yang di sahkan oleh guru besar sekolah/pegawai kerajaan kelas A )

2. Sijil Kelahiran pelajar x 5  ( Yang di sahkan oleh guru besar sekolah/pegawai kerajaan kelas A )

3. Surat tawaran ke universiti  ( Yang di sahkan oleh guru besar sekolah/pegawai kerajaan kelas A )

4. Struktur yuran pengajian ( slip bank cimb yang korang bayar tu ) ( Yang di sahkan oleh guru besar sekolah/pegawai kerajaan kelas A )

5. Salinan surat pengecualian kertas bagi kursus ( jika berkaitan )

6. Salinan sijil SPM ( wajib ada sijil spm, bukan slip result k .. tapi sijil ) ( Yang di sahkan oleh guru besar sekolah/pegawai kerajaan kelas A )

7. Salinan sijil STPM / Diploma / Ijazah / Sarjana dan lain-lain yang berkaitan ( pastikan sijil bukannya slip ) ( Yang di sahkan oleh guru besar sekolah/pegawai kerajaan kelas A )

8. Salinan penyata gaji/ Borang BE terkini permohon yang berkerja dan isteri ( jika berkaitan )

9. Salinan perlepasan kontrak/berhenti kerja/cuti tanpa gaji/kebenaran mengikuti program dari majikan & lain2 (jika berkaitan)

10. Salinan sijil2 koko sekolah  ( Yang di sahkan oleh guru besar sekolah/pegawai kerajaan kelas A )

11. Karangan mengenai perihal diri, perancangan pengajian dan kerjaya.

Ibu-Bapa

1. Salinan kad pengenalan ibu  ( Yang di sahkan oleh guru besar sekolah/pegawai kerajaan kelas A )

2. Salinan kad pengenalan bapa/penjaga ( Yang di sahkan oleh guru besar sekolah/pegawai kerajaan kelas A )

3. Sijil kelahiran ibu ( Yang di sahkan oleh guru besar sekolah/pegawai kerajaan kelas A )

4. Sijil kelahiran bapa/penjaga ( Yang di sahkan oleh guru besar sekolah/pegawai kerajaan kelas A )

5. Sijil kematian ibu (jika berkaitan) ( Yang di sahkan oleh guru besar sekolah/pegawai kerajaan kelas A )

6. Sijil kemantian bapa/penjaga (jika berkaitan) ( Yang di sahkan oleh guru besar sekolah/pegawai kerajaan kelas A )

7. Salinan penyata gaji / borang BE terkini, penyata pencen/surat pengesahan pendapatan ibu/bapa/penjaga terkini ( bagi ibu/ bapa yang tidak bekerja anda mestilah menyediakan surat pengesahan pendapat yang di keluarkan oleh ketua kampung bagi pihak anda )

PASTIKAN ANDA SEDIAKAN DOCUMENT INI UNTUK MEMUDAHKAN PROSES PERMOHONAN LOAN MARA DAN MENGURANGKAN SAKIT MENTAL ANDA BILA DAH MASUK UNI :P DAN JANGAN LUPA COP SAHKAN DOCUMENT2 BERKAITAN KPD PEGAWAI YANG BERKAITAN... JGN COP SAHKAN KPD PESURUHJAYA SUMPAH.

Sekian dari saya,
cik PBS


Friday 21 November 2014

Definisi Backpacker Melalui Perspektive STUDENT !

Definisi backpacking yang telah Mr.Wikipedia beri ialah  "Backpacking is a form of low-cost, independent international travel. ". Perkataannya mudah untuk di sebut tapi agak sukar untuk di hayati dan di fahami.

Konsep mengembara ini memberi seribu satu impak yang tidak dapat di lihat oleh mata kasar. Seperti bapak - bapak terdahulu selalu berkata " Lebih banyak mengembara lagi banyak pengalaman ". Perkara ini tidak dapat di nafikan oleh kita bukan? Lebih banyak kita lihat, lebih banyak kita berlajar, lebih matang permikiran kita. Kematangan pemikiran ialah sesuatu yang amat sukar untuk di nilai kerana penanda aras umur kini bukannya lagi penanda aras yang bagus untuk di gunakan menilai kemantangan seseorang.

Dunia ini di cipta atas sebab. Bagi pemikir kritkal seperti saya, dunia ini mempunyai seribu satu ilmu dan pengalam untuk di timba pembangunan lebih pantas cergas hebat demi diri,bangsa dan negara serta dunia ! Setiap hari, mempunyai rahsianya tersendiri..... mengukir keindahan yang tidak dapat di tembusi oleh hati-hati yang buta dek kelalaian dunia. Allah cipta semua ada sebabnya

Sekian
Si pemikir kritikal.

Tuesday 4 November 2014

DUHAI NAFSU

Wahai Tuhan hamba menyeru
Pada Mu jua tempat ku mengadu
Wahai Tuhan ku Engkau dah tahu
Liarnya aku melayan nafsu

Jahat nafsuku sering menyeru
Tidak ku lawan bahkan setuju
Berbuat dosa bertalu talu
Wahai Tuhan sungguh ku malu.

Tegah dan haram memang ku tahu
Sudah ku faham azab ditunggu
Wahai jiwa mengapa begitu
siksa kau takut maksiat kau mahu.

Siapalah dapat ku pohon bantu
Hanyalah dari Mu wahai Rabb ku
Kancah nan nista keluarkan daku
Cucilah aku dengan rahmat Mu.

Reference :
Ustaz Abu Zaki Singapore . ( https://www.facebook.com/rafiq.naqshabandiy?fref=photo )

Sebuah Kehidupan

Setiap manusia ada definisi kehidupan tersendiri. 

Setiap perjalanan yang di lalui mempunyai maksud yang tersendiri. Hanya yang tabah dan sabar sahaja mampu mengharungi liku kehidupan dengan redha . 

Adat kehidupan, langit itu tidak indah , tak semanis madu yang di gambarkan. 

Hidup itu mengajar seribu satu rahsia TUHAN.